Atlet lompat bergalah wanita kebangsaan Nor Sarah Adi mencipta kejutan dengan merangkul pingat emas Sukan SEA di Stadium Nasional My Dinh, sekali gus menamatkan kemarau emas 11 tahun bagi Malaysia.<br /><br />Atlet berusia 22 tahun itu, yang sepatutnya hanya menyertai acara 4x100m wanita pada penampilan sulungnya di temasya dwitahunan itu, muncul juara selepas lompatan terbaik peribadinya dengan ketinggian 4 meter.
